PENTING!!

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk muat turun sila hubungi kami.
SMS / call talian : 019-5595822

Email Pengakap Perak:
ppmperak@yahoo.com

Thursday, October 22, 2015

PERKHEMAHAN SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA DAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 2015

Salam Pengakap,



Sukacita dimaklumkan bahawa, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melancarkan kempen “Klik Dengan Bijak” bagi memberi kesedaran dan pendidikan teknologi maklumat kepada pengguna terutama para pelajar. Sehubungan itu, bagi menjayakan kempen tersebut, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkerjasama dengan  Persekutuan Pengakap Malaysia, Negeri Perak (PPM) menganjurkan perkhemahan , seperti tetapan berikut;
 
Tarikh        : 22 hingga 26 November 2015

Tempat      : Kem Kota, Layang-layang Kiri,

                    Bota, Perak

Lapor Diri   : 22 November 2015 @ 10.00 pagi (Ahad)

Bersurai     : 26 November 2015 @ 2.00 petang (Khamis)

Bersama ini disertakan dokumen yang berkaitan untuk tindakan peserta.

  1. Surat Jemputan menyertai Program 
  2.  Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Perak
  3. PO2 - Borang Penyertaan (Peserta/Pemimpin/Urusetia/Pembantu)
  4.  PO3 - Borang Pelepasan ibubapa/penjaga (Peserta)
  5.  PO4 - Borang Perakuan Kesihatan (Peserta)
  6.  PO5 - Syarat-syarat Penyertaan 
  7.  PO1 - Borang Penyertaan Kelompok (Untuk kegunaan Daerah sahaja)
  8. Jadual Aktiviti


Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, sila hubungi Tn. Hj. Azizul Azhar b. Abdul Rahman (Penolong Ketua Pesuruhjaya, Pengakap Negeri Perak) ditalian 019-462 3900.

 Selamat Berkhemah...

Wednesday, October 7, 2015

JAMBORI DI UDARA DAN JAMBORI DI INTERNET SEDUNIA 2015. "58TH WORLD JAMBOREE ON THE AIR (JOTA)


 Salam Pengakap
Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak akan menganjurkan Program Jambori di udara dan Jambori di Internet Sedunia " 58th World Jamboree On The Air (JOTA) pada tetapan berikut;

Tarikh : 16 hingga 18 Oktober 2015
Masa Pendaftaran: 3.00 petang
Masa Bersurai : 12.00 tengah hari
Tempat: SMK Sayong, Kuala Kangsar, Perak

BAYARAN PENYERTAAN:
PESERTA RM60.00
(Lencana JOTAJOTI, Sijil, Makan/minum, Penginapan, Alat tulis)

PEMIMPIN RM46
(Makan/minum, Sijil dan Lencana)


Bersama ini disertakan;
1. Surat Jemputan menyertai program.(Borang Pelepasan Penjaga dan Borang Perakuan Kesihatan)
2. Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Perak.
3. Surat Pengiktirafan (Penyertaan Peringkat Antarabangsa) Kementerian Pendidikan Malaysia.
4. Yuran Penyertaan

Selamat Berjambori..... JOTA JOTI

Pengakap Perak