PENTING!!

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk muat turun sila hubungi kami.
SMS / call talian : 019-5595822

Email Pengakap Perak:
ppmperak@yahoo.com

Thursday, February 18, 2016

KEPUTUSAN PRA PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2015

Salam Pengakap!
Kepada;
Calon Pengakap Raja 2015
Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri Perak telah mengesahkan Keputusan Pra Pentarafan Pengakap Raja bagi tahun 2015. Bersama-sama ini saya sertakan senarai keputusan untuk perhatian saudara/saudari.
Surat tawaran Pentarafan Pengakap Raja 2016 akan menyusul kepada semua calon yang berjaya. Kami memohon saudara/saudari mula membuat persediaan awal untuk Pentarafan Pengakap Raja pada bulan April nanti.
PPM Perak merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada calon-calon yang berjaya.
Maklumat tambahan: Kepada CPR LULUS BERSYARAT perlu melengkapkan buku log dan di hantar untuk di semak semasa Kursus Kepimpinan Pengakap Remaja pada 26 - 28 Februari 2016. Harap Maklum.

Sekian, Terima Kasih,
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN"
Yang Menjalankan Tugas,

Raymond Chow
Sekretariat Lembaga Pentaraf Pengakap Raja
Negeri Perak Darul Ridzuan

Tuesday, February 16, 2016

KURSUS KEPIMPINAN PENGAKAP REMAJA, PERINGKAT NEGERI PERAK 2016



Salam Pengakap
Salam Perak Aman Jaya

Persekutuan Pengakap Malaysia, Negeri Perak akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Pengakap Remaja, Peringkat Negeri Perak 2016 pada tetapan berikut.
Tarikh : 26 hingga 28 Februari 2016
Tempat : Kem Kota, Layang-layang Kiri, Parit, Perak.
Masa Melapor Diri : 3.00 petang (Jumaat / 26 Februari 2016)
Masa Bersurai : 2.00 petang (Ahad / 28 Februari 2016)

Sebarang pertanyaan sila hubungi Tn. Mahizam bin Omar@Mansor ditalian 019-558 4511

Bersama ini disertakan 
2. Surat Kebenaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Perak
3. Syarat-syarat Penyertaan
4. Borang Pelepasan Ibu bapa/ Penjaga
5. Borang Perakuan Kesihatan.

SELAMAT BERKURSUS


Friday, February 5, 2016

MASALAH MUAT TURUN BORANG PENDAFTARAN KEAHLIAN 2016

Salam Pengakap

Admin mohon maaf sekiranya tuan/puan menghadapi masalah semasa muat turun Borang Pendaftaran Keahlian Pengakap 2016.

Kami telah cuba perbetulkan sistem,
Terima kasih atas perhatian pihak tuan.